OUR STORY. // Saturday, 28 December 2013
|
17:26 |
Cinta. Cinta tu takmengenal usia. Budak sekolah rendah pun
tahu bercinta. Ape tah lagi orang umur remaja macam aku. Cinta datang dari hati
tanpa di duga tanpa di sangka. Cinta tu indah umpama intan bersama permata. Tp,
kadang kala cinta tu pahit rasanya persis kopi. Tohornya juga seperti kopi. Ada
hati? Ada perasaan? Ada akal? Jaga lah hubungan tu sebaik dan semampu yang
boleh. Kita ada Allah berdoa la bersama atas hubungan kita :’)
Inilah kisah cinta kita kini yang saya hadapi bersama dengan awak Wahai Mr.Kerek. semuanya bermula daripada atas taksub dan terlalu berminat dengan seorang pelakon bernama Kamal Adli. Dan tetiba saya terserempak dengan manusia yang mirip muka macam dia. Malangnya perasaan dia taksama macam perasaan saya yang bercampur baur untuk rapat dengan dia. Macam macam usaha saya da buat untuk dapatkan hati dia. Dan akhirnya saya tewas. Allah tu Maha Adil. Allah tu Maha pemurah dia celikkan mata saya untuk berjumpa dengan seorang lelaki macam awak. MUNGKIN :’) dalam banyak banyak lelaki taktahu kenapa asyik nak terfokus kat awak. Hehe. Awak tahu cinta kita bermula dari mana? Cinta kita bermula di tempat menuntut ilmu. Bukan dekat facebook, bukan dekat twitter, bukan dekat bpmall. Bukan dekat mana mana tempat lepak, dan bukan kawan kawan saya yang kenalkan saya. Ex-ex yang sebelum ni semua macam tu. Dulu dulu. Ni semua dulu. Skg da bukak buku baru. Pepatah ada menyatakan perigi carik timba.macam saya la kan? Tp, saya takda niat nak curi hati awak pon. Niat saya nak berkawan je dengan awak. Sebab saya takhot macam perempuan yang lelaki skg idamkan. Saya takbaik macm lelaki sekarang idamkan. Saya cuma comel, cantik, cun melecun seperti mak saya masa zaman dahulu kala. Hehe. Merepek. Semuanya datang dari Allah. Bersyukur je apa yang ada. Start bila saya minat kat awak, Khaliesah la orang pertama yang saya cerita. Dulu sampai skg dia tetap jadi orang pertama dalam segala gala hal. Sebab dia je sahabat yang masih kekal bersama saya selama 3 tahun walaupun pernah berlaku perselesihan faham dulu :’) #ThrowBack Pertama kali saya nampak awak masuk kelas akaun, mulut saya da ternganga sebab pelik dan taksangka ajaibnya dunia ni. Ade lagi mirip rupa yang aku minat. Haha.tp, masa tu awak taksama macam Kamal Adli. Tp awak sama macam Taufiq Aidil dan awak kelihatan nerd bersama spec bingkai hitam tu hahaha. Tu la sekali saya pandang awak, pastu saya pandang awak ala ala kadar je. Taktahu kenapa jumpa lagi bulan 7 kat tempat yang sama. Awak pakai baju Malaysia warna biru. Time tu baru perasan tu la awak. Badan semakin tough dan tinggi. Cepat awak membesar. Tahniah! Masa awak tengok saya kat kelas add math tu, saya pun tengok la awak balek. Haa! Time tula hati da berbunga. Jiwa pun semakain angau. Minggu seterusnya awak pakai baju warna hijau. Time tu lagi la saya nak bayar duit tuisyen, dari cermin dalam sampai saya keluar bukak pintu awak pandang saya. Fewittt! Kita menatap mata *soundtrack* mata ke mata, ke hati, hati ke hati ke bibir ~ then saya tanya kawan saya anida, siapa nama awak. Tetiba nak tanya. Bila anida da beritahu saya contact kawan sdbl saya masa balek tuisyen tu, saya tanya dia pasal awak. Saya mintak detail detail awak kat dia. Dia cuma dapat bantu ni je “Fahmi Zainoldin” dengan nama penuh saya dapat, saya cuba carik kat facebook. Saya search je nama awak kat facebook it seem like awak takmenggunakan facebook. Dp awak pun lain. K hampa sikit. Bila search kat twitter pun sama. Last awak tweet berapa bulan lamanya. Saya tekan button “follow” dan saya tweet “bye pami jeynoldain” itulah kehampaan saya. Tp, saya masih lagi usaha sampai type nama awak kat wechat. Jakgi jumpa. Saya anggap ni la peluang terakhir nak kawan nan budak ni. Esoknya saya bukak twitter. Awak da follow saya balek. Dan awak reply tweet saya pasal awak, awak tahu time tu saya segan sipu, tersengeh sorang sorang, dan lagi parah menjadi semakin angau ngau ngau. Saya pun favourite mention awak. Saya lupa yang saya cuba cari awak kat wechat. Bila saya on tenet balek. Awak da pun app saya. Saya text awak, awak takrep. Saya tunggu. Taklama awak pulak reply. Awak tunggu. Lama juga kita tunggu sambil menunggu. Dan sampai suatu masa kita sama sama on tenet and kita mulakan conversation kita, sampai awak mintak number saya. Masa awak mintak number, saya terus standing ovation tau. Pastu lompat lompat kegembiraan. Haha. Baru bagi. Then kita pun start texting awal ramadhan. Masa bangun sahur awaklaa yang saya teman dan layan. Taksangka kita semakin rapat time tu. Beberapa hari berpuasa kita asyik terserempak kat bazaar je. Jodoh kot haha. Then, suatu hari tu awak ajak saya teman awak pergi bazaar. Pehh taksangka siot awak ajak saya! Pehh pehh pehh! Then kita jalan sama sama, HAMBARNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!! Hambar takhambar, sedih taksedih bila saya ajak awak pergi bazar taman budaya then tetibe awak tinggalkan saya sensorang L itulah rasanya kali pertama kita bersua muka ;) Ni lah hari sagala hari buat kita di mana awak melamar saya. Awak masih ingat? :’) awak ingat sepanjang hari kita pada bulan puasa? banyak kan kenangan kita? kalau ingat balik mesti tersenyum sensorang. mesti rasa macam berdekah. macam takpercaya je, dulu takpernah kenal. tapi bila da kenal cemni pulak jadiknya. semakin hari semakin rapat. hmmm.............. Fahmi, terima kasih. inilah kali kedua kita menjauh. Saya takpasti berapa lama kita akan menjauh. Saya takpasti saya dapat balek ke tak? Terima kasih eh awak. Terima kasihh banyak banyak bermula dari saat pertama kali kita kenal sampai tadi. Petang tadi. Awak banyak daa tolong saya. Awak pinjamkan saya mata untuk jaga saya. Awak pinjamkan tangan awak untuk hulurkan bantuan. Awak pinjamkan saya telinga untuk dengar masalah saya. saya mintak maaf kalau saya takselalu dengar masalah awak. Bukan kerana taksudi, saya cuma taknak tambah beban. Munkin sekadar pendengar bukan tahu nak selesai :) saya terharu sangat terharuu bila awak teman saya kat hospital jaga mak :') sekarang pun mak da hampir sihat. Jangan lupa tengokkan mak bila free k? Terima kasih sebab temankan saya makan, study sesama dengan saya, bawak saya jalan jalan, dan temankan saya dalam segala hal. Saya mintak maaf kalau tertumbuk, tertampar, tercubit, terlukakan awak kat mana mana anggota badan, tersakitkan hati awak. Ini semua kesalahan paling biasa yang pernah berlaku antara manusia. Halalkan makan minum saya. Terima kasih juga kat familly awak sebab sudi layan saya macam keluarga awak jugak ;') esok saya da nak gerak. gerak kali kedua untuk jauh dari awak, Ingat lagi dulu saya cakap kalau esok saya nak pergi jauh, kita kena jumpa hari ni 24 jam. tapi takpelaa. awak temankan saya kejap pun takpe. Awakk.. kalau pape terjadi antara kita jangan abaikan saya k? jangan lupakan saya k? saya taknak anggap awak musuh. Saya taknak benci awak. tolong jagakan perhubungan kita bila saya alpa. Tolong ingatkan saya tentang segala galanya bila saya takdapat kawal emosi. Maafkan saya jika berlaku disebaliknya. Banyak banyak laa berdoa untuk semuannya :) SELAMAT TINGGAL SAYANG. Jika ada rezeki dan peluang, kita jumpa ye. Sayang awakkkkk :) |

















Older entries