// Monday, 29 October 2012
|
02:09 |
30 Hari Bulan yang penuh makna
Coretan tentang kisah percintaan dan hubungan antara seorang
gadis manis bernama Nurul dan seorang jejaka tampan dan tinggi
bernama Syafiq. Bermula pada suatu ketika dahulu, Nurul
mendapat rezeki untuk bekerja di shopping kompleks
untuk menambah wang perbelanjaannya. Ketika dia bekerja
di sana, dia telah bertemu dengan seorang jejaka yang bernama
Syafiq. Sedangkan selama ini mereka hanya berkenalan dan
bermain msg tanpa berjanji untuk berjumpa. Dengan izin
Allah S.W.T akhirnya mereka telah diketemukan, Syafiq
lalu di tepi kedainya lalu memberi salam kepada Nurul,
Nurul berasa malu dan segan untuk menjawab salamnya itu.
Ketika pulang dari tempat kerjanya, Nurul memberanikan
diri untuk menghantar msg kepada Syafiq. Dan pada ketika
itulah hubungan mereka semakin lama semakin akrab. Sudah
beberapa hari mereka tidak bermsg. Mungkin hati Syafiq
tergerak untuk mengetahui khabar sahabatnya Nurul. Secara
tidak langsung, Nurul telah menghadapi masalah keluarga
sehingga membuatkan dia ingin lari keluar dari rumah, dengan
kebetolan Syafiq telah muncul pada waktu yang sesuai.
Dia telah memberi kata2 semangat agar meneroskan hidup
dan bersabar dengan segala dugaan dan cabaran. Mungkin
Syafiq amat risau dengan kelakuan Nurul yang tidak pernah
berfikir panjang sebelum melakukan apa apa tindakan,
oleh itu, Syafiq membuat keputusan untuk mengakrabkan
lagi hubungan mereka. Maka, Syafiq telah melamar Nurul
pada 30 NOVEMBER 2011. Pada pukul 12.35 pagi. Di situ
lah hubungan mereka semakin lama semakin rapat. Mereka
telah berjanji untuk saling sayang menyayangi, memupuk
semangat kesetiaan dan kejujuran dalam hubungan mereka.
Selama hubungan mereka terjalin, pasti ada kesefahaman
sehingga menyebabkan pergaduhan. Nurul hanya berniat agar
dia dapat menyambut ulang tahun Syafiq sebelum dia melanjutkan
pelajarannya ke Perak. Berkat pujuk rayu dan mohon restu,
Nurul berjaya memujuk keluarganya agar tidak menghantarnya
belajar ke tempat lain, ini kerana dia amat menyayangi Syafiq,
sehingga sukar untuk berjauhan. Alhamdulillah, Nurul dapat
mencapai hajatnya untuk menyambut ulang tahun Syafiq,
walaupun takseberapa mewah, tapi Nurul berharap agar
Syafiq tetap ingat segalanya apabila mereka tidak di satukan
lagi. Begitu juga dengan Syafiq, dia sering membalas segala
kebaikan Nurul, pada 30 JULAI merupakan ulang tahun
Nurul, Syafiq membawanya keluar pada malam itu untuk
menyambut ulang tahunnya. Malang sekali pada ketika itu
merupakan hari yang malang buat Nurul kerana terlalu gembira,
Nurul dimarahi di sekolah dengan sahabatnya dan gurunyaa.
Walau bagaimanapun, Nurul menganggapnya sebagai sebuah dugaan
di bulan puasa. Syafiq bersabar atas kelakuan Nurul yang muram
saban hari, padahal ketika itu Syafiq ingin melihat senyuman dari
bibirnya. Apakan daya akhirnya Syafiq mampu mengukir sebuah
senyuman apabila sebuah kotak besar diberikan sebagai hadiah
ulang tahun Nurul. Nurul merasakan pada malam itu lah adalah
malam yang paling bahagia buat mereka. Syafiq terlalu amek berat
terhadap Nurul.
Setelah hampir 9 bulan hubungan mereka terjalin, mereka umpama
sepasang kembar, di mana pon mereka berada orang menyangka
bahawa mereka adalah adik beradik, tpi disebaliknya mereka
sepasang COUPLE yang comel >< tiba tiba Nurul merasakan
yang dirinya tidak di hiraukan, dirinya tidak pernah di layan
seperti dahulu kala. Jarang bermsg, telefon pon sekadar
melepaskan rindu dan susah untuk melihat mereka berjumpa.
Nurul merasakan sesuatu yang telah berlaku antara hubungan
mereka, Nurul mendapat segala mimpi2 yang buruk, pada
pagi itu, Nurul sadar dari mimpinya untuk menyiasat segala
mimpinya itu, secara tidak langsung Nurul membuka Notebooknya
dan teros melayari facebook untuk mengetahui hiburan semasa.
Dia merasakan tiada apa yang berlaku, Nurul seperti mencari
sesuatu di telefonnya, dia menemui satu email siap dengan kata
kunci, Nurul teringat bahawa Syafiq pernah memberinya dahulu
di warung berdekatan dengan rumah Nurul. Nurul cuba
menceroboh email itu lalu tangannya tergerak untuk baca segala
perbualannya bersama rakan2 Syafiq di facebook. Nurul dapati
Syafiq melayan seorang perempuan begitu mesra, tidak semesra
bersamanya sebelum ini. Hampa hati Nurul, dia mengesat air matanya
yang berlinangan. Menggelatar tangannya. Dia teros menutup
Notebooknya tanpa keluar dari facebook Syafiq itu. Saban hari
Nurul fikir fikir dan teros berfikir, dia hampir buntu.
Dia sering berdoa agar tuhan memberinya petunjuk. Nurul sudah
tidak kuat menghadapi semua ini, dia meminta hubungan mereka
dileraikan. Tidak tahu apa yang telah menghasut fikiran
Syafiq sehingga sanggup memburukkan serta mencaci Nurul. Adakah
ini disebabkan insan Nurul Huda yang pernah bertakhta dihatinya?
Adakah kerana Syafiq tidak menyayangi Nurul seperti dahulu kala?
Dengan berat hati Nurul melepaskan Syafiq. Berjurai air mata
membasahi pipinya. Hari berikutnya, Nurul melupakan segala apa
yang telah berlaku, dia cuba melupakan segala masalahnya dan
menganggap bagai tiada apa berlaku antara mereka. Nurul membuka
semula Notebooknya, secara tidak langsung account milik Syafiq tidak
terpadam, Nurul sempat membaca perbualan antara mereka, lebih
mesra dengan panggilan manja. “SAYANG” sedangkan selama
ini, hanya Nurul yang digelar sayang. Nurul hampa dan teros
hampa, bertambah sakit hatinya apabila Nurul Huda menggunakan
gambar yang disimpan oleh Nurul sebagai latar telefon bimbitnya.
Tak sampai beberapa hari syafiq telah mendapat pengganti Nurul.
Beberapa hari kemudian, Nurul tidak menyangka bahawa
Syafiq akan mencacinya, memburukkannya, memakinya dengan
pelbagai kata2 kesat di laman sosial. Sedangkan mereka sudah
tiada hubungan mahupun apa apa kaitan. Nurul bersabar dan
teros bersabar. Nurul berhajat agar dia tidak akan mengingati
segala kenangannya bersama Syafiq, dia cuba hapuskan segala
kenangan ini dengan memadam kata2 manis Syafiq, memulangkan
segala barang dan segala-galanya pada malam itu juga. Malam
yang ditemani dengan air hujan, malam yang ditemani dengan air
mata yang mencurah-curah ke pipi. Setelah selesai memulangkan
barang, Nurul cuba melupakan segalanya, selama hubungan Nurul
dengan mana2 lelaki, dia tidak pernah sehingga memulangkan semula
segala barang yang dapat dijadikan kenangan, tapi kini hati Nurul
sukar untuk menerima segala kata cacian yang telah Syafiq berikan
membuat Nurul rasa sakit hati yang mendalam sehingga perasaan
benci bertakhta di hati sehingga kini.
Berkesudahan lah cerita kisah percintaan antara mereka yang telah
berbulan lamanya mereka pertahankan. 30/11 merupakan
setahun antara mereka, segalanya tiada makna lagi buat diri Nurul.
Andai Syafiq tahu kini Nurul telah melupakan Syafiq, jangan
Syafiq muncul dalam hidup Nurul lagi kerana Nurul bahagia
bersama teman teman yang lain.
Sekian, coretan dari saya ;)
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca coretan ini ;)
|

Older entries